Thursday 27 October 2011

It Won't Fade Away, Insyaallah

In the name of Allah, the Most Merciful and Most Compassionate.
Assalamualaikum.

I actually have a large groups of friends. Because I moved a lot. Until now, still. Well, at least I consider them as my friends. Well, the most dominant part of moving here and there is when we, my family and I settled in Permas Jaya, Johor Bahru for about 4 years average. This is the story of me, living there. Enjoy. Alert that, I am going to use both Malay and English. Thank you for reading.

Hari pertama aku daftar di Sekolah Kebangsaan Taman Permas Jaya 2. Aku pergi dengan ayah aku. Pakai stokin yang bukan sepasang, makan Koko Krunch dengan susu sebelum pergi sekolah untuk daftar. Aku dengan rambut pendek, bulat dan berminyak rambut aku. Pakai baju kurung putih, kasut Kung Fu Bata. Mata aku bengkak sebelah. Entah, barangkali mata yang kurang sempurna ini fototropisma. Aku kurang pasti. Merah dan bengkak. Ah, persetankan semua itu. Haha. Kali pertama melangkah di sekolah itu, aku lihat ada seorang budak perempuan yang comel memakai pinafore biru gelap. Menyanyikan lagu Negaraku sambil menggunakan tiang bendera sebagai tempat untuk dia membuat pusingan. Haha. Kelakar. Comel betul budak ni. Rambut separas bawah telinga, putih melepak. Pipinya merah bila panas dan malu. Ah, aku cemburu melihat kecomelannya. Setelah beberapa hari, baru aku tahu, namanya, Nur Nazlin Damanhuri.

Setiap kali namanya dieja dan ditulis di atas kertas, dia pasti menggaru garu hidungnya dan menyuruh aku menyebut nama ayahnya dengan betul. Kelakar. Aku ingat aku seorang saja yang mempunyai tabiat sebegitu. Nazlin aku kira kawan dan teman yang baik. Kami selalu berkongsi makanan, berlari di dataran. Selalunya aku yang jatuh, lutut aku akan luka dan berdarah. Kain aku sudah pasti carik dan berlubang. Haha. Kelakar. Nazlin dilantik jadi Pengawas ketika Darjah 2, sama-sama denganku. Kami menjadi kawan sehingga Darjah 4, bersama-sama Haziq.

Nazlin ini garang orangnya, apa yang dikatakannya semua benar meskipun pahit. Dia ini si gila makan. Haha. Sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan duit untuk beli makanan. Ada sekali itu, Ustazah suruh kami hafal Surah al-Asr sekali dengan maksudnya. Siapa dapat, RM1 pun dapat. Dan Nazlin dapat RM1 itu. Haha. Kelakar. Kami selalu makan bubur panas, letak sambal kicap dan makan di pondok di hadapn sekolah agama. Oh, rindunya masa tu.

Haziq. Kawan yang baik. Dan bergaya. Haha. Aku suka kawan dengan dia, banyak tolong aku. Sangat tak sukakan kelas PE. Orang pertama yang dapat A dalam Sains waktu Darjah 4 dengan Ila. Aku cemburu. Firdaus. Kau buat aku tergelak setiap kali sebut nama kau. Ingat lagi waktu Darjah 4, pertama kali Math ada 2 kertas. Kau selalu dapat Math paling tinggi. Dan, aku mesti cakap kau terrer. Tapi lepas tu, kau mesti geleng kepala botak kau sambil cakap, "Isy, tak adalah. Biasa je pun." Lepas tu aku ketuk kepala kau sebab kau cakap macam tu. Mangkuk. Kalau dah full mark, apa bendanya yang tak terrer lagi. Tapi, aku suka lah kawan dengan kau, sebab aku boleh buli kau. Haha.

Amirul Arif, haha. Aku jahat gila dengan kau kan? Kau siap pernah kena penangan duster besi kena straight kat mulut kau. Berdarah, bengkak gila. Dah lah bibir kau tu dah merah kan, lepas tu kena duster lagi. Aku rasa, masa tu Cikgu Ramli suruh kita tulis something kat blackboard. Kau pergi ambil 3/4 dari board tu. Aku padam garisan pembahagi yang kau buat tu. Lepas tu kau buat balik. Last last, kau terpaksa makan duster. Sorry, hihi. Kau bengang gila dengan aku lepas tu kan? Haha. Sorry! Ila, aku dah cakap pasal kau kan kat post yang before. So, dah takde kot yang aku nak cakap lagi. Hihi.

Arini, hoho. Budak pandai ni. Baru masuk waktu Darjah 3. Aku cemburu dengan dia ni. Pandai sangat. Haha. Ingat lagi, dia kalau buat kerja kat sekolah, lepas tu padam balik, buat kat rumah. Esok baru tunjuk kat cikgu. Lepas tu kena puji. Oh, cemburu! Jadi, aku cuba lawan dia. Hihi. Kira macam sumber inspirasi untuk jadi lebih baik.

Banyak lagi kenangan kat sini. Aku ingat lagi aku pernah duduk sebelah Alif Haiqal. Bila orang tanya aku suka siapa. Aku cakap aku suka Alif Haiqal. Haha. Alif selalu bawa bekal sedap sedap, tapi taknak share dengan orang. Selalu duduk dengan Rashid. Rashid bawa bekal nasi dengan hati ayam goreng. Rashid ni sabar sangat dengan Alif. Walaupun dah banyak kali kena gigit, kena pukul dengan Aliff, tapi diam je. Haisyy, tabah betul. Haha. Aku ingat lagi pergi sekolah agama naik van Cik Zura dengan Atul dan Izat. Haha.

Aku ingat kena berdiri kat dataran sebab menjerit dalam kelas, gaduh dengan budak-budak menari. Aina, Ila, Atul, Fatin, Atiqah. Haha. Kelakar. Aku ingat lagi aku baling beg Azim masuk kolam ikan. Sebab cari pasal dengan aku. Lepas tu, dia marah. Nafas keluar masuk bunyi kuat gila. Haha. Lepas tu duduk atas kerusi, longgarkan tali leher. Memang muka serius bengang la. Lepas tu Ustazah Mastura tanya kenapa bising bising. Mata kau dah berair time tu, Azim, cakap aku baling  beg kau masuk kolam ikan. Ustazah suruh aku ambil. Haha, bila aku angkat, beg tu bau hanyir ikan. Sorry, Azim.

Aku ingat lagi aku pernah kena panggil pergi bilik Guru Besar sebab ejek Thiru. Aku panggil dia Thiru kuat meniru. Haha. Dia pergi megadu kat Guru Besar. Deng! Lepas tu kena salam tangan, minta maaf. Double deng! Haha. Tahun depannya, aku kena lucut jawatan jadi pengawas. Tapi nasib baik la, sebab lepas tua aku pindah, jadi tak adalah malu sangat. Haha.

Banyak lagi kenangan, tapi ini antaranya yang aku ingat. Dan aku akan ingat sampai bila-bila. Terlampau banyak nama untuk disebut. Maaf sesiapa yang tak disebut.

The end.

No comments: