Friday 30 December 2011

Baik

This is a reflection I came out with after I read Amira Mustafa's blog about baik.

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Compassionate.

Bukan mudah jadi baik. Betul. Bukan mudah nak berubah. Setuju. Bukan mudah nak pekakkan telinga dan lalikan diri dengan cacian. True that. Couldn't agree more. Tapi, tahu satu benda? Bila kita jadi baik, Allah sayang. Sejuk perut mak mengandung. Ayah sujud syukur. Adik beradik bahagia. Kawan kawan akan ikut perlahan lahan walaupun mulut tak berkata apa.

Aku tak cakap aku baik. Siapa aku nak cakap diri aku ni baik? Aku tau mana baik buruk aku. Aku lemah. Aku manusia biasa. Walau pakai tudung bidang 60' pun, walau pakai stokin tangan pun, walau pakai stokin pun, walau aku tak pegang lelaki bukan muhrim pun, belum tentu aku baik. Jangan pandang aku pada rupa, kerana aku yakin orang mesti cakap aku ni stok alim, sopan, ustazah. There are more than what eyes met. Orang tak pernah tau dark side aku, tapi hanya buat conclusion sendiri berdasarkan rupa fizikal aku.

Aku tau aku kurang baik. Tapi aku tengah berusaha jadi baik. Aku tak feminin, dan aku tak nak berusaha ke arah tu. Aku nak jadi perempuan yang tabah macam Siti Hajar cari air untuk anak dia, nak jadi secantik dan sopan macam Aisyah, nak jadi macam Siti Khadijah; walaupun dah lama meninggal, Rasullulah tetap sayang Siti Khadijah. Aku nak jadi macam yang Luqman nasihatkan untuk anak dia dalam Surah Luqman; jangan derhaka dengan ibu bapa, jangan syirik, jaga solat, bayar zakat. Aku mungkin tak sehebat Siti Khadijah, Siti Hajar, Aisyah, tapi aku nak berusaha jadi baik juga.

Aku tau aku tak baik, tapi ada beberapa benda yang aku sangat kurang gemar. Aku tak suka orang yang bercouple tapi pegang macam dah nikah. Kakak aku cakap, orang macam ni dah banyak kali kahwin, cuma belum nikah je. Aku tak suka lelaki yang pegang perempuan bukan muhrim. Tak kisah lah berlapik pun. Benda ni bukan benda ringan, bukan benda biasa. Bagi aku. Tak tau lah untuk orang lain. Call me orthodox, call me conservative, call me kampung. I'm game. Kalau aku jadi perempuan yang disentuh lelaki bukan muhrim, memang aku naik hantu lah. Aku tak suka. Nampak sangat macam tak hormat perempuan. Rasullulah muliakan perempuan, kau pergi jatuhkan maruah perempuan pulak. Cantik banyak? Aku tak suka dengar orang mencarut mcam F-word tu, lepas tu male and female genitalia. Tak kisah lah bahasa apa pun, sekolah apa pun. kaum apa pun, bangsa apa pun, aku tak suka. Sakit telinga. Mungkin sebab mak aku dah pernah cili mulut aku sebab sebut lembu pendek *bukan nama sebenar* waktu kecil, jadi, aku trauma setiap kali dengar orang mencarut. Aku tak suka tengok perempuan mencarut. Pakai tudung molek molek, baju kurung bunga bunga kecik, tiba tiba cakap lembu pendek *bukan nama sebenar*, tak cool sister. Lebih cool cakap astaghfirullah.

Bukan aku nak kata aku baik. Bukan aku nak cakap aku ni takde perasaan, anti-couple. Ada 2 sebab kenapa aku tak couple. Satu, aku tak cantik macam orang yang ada pakwe. Haha. I do know that. Dua, aku nak yang halal, why serach for something haram when you have other halal alternative? Kan? Bukan aku nak kata aku benci kawan kawan aku yang couple. Oh, tak. Aku sayang. Pasal aku sayang, aku tulis kat sini, dengan harapan bila diaorang baca ni, diaorang tau aku sayang diaorang. Tu sebab aku tulis macam ni.

Aku tak pandai nak guna bahasa berbunga-bunga. Dan aku tau, time Degree nanti kalau ada Creative Writing pun, belum tentu aku boleh skor dengan jayanya. Aku cuma pandai taip apa yang fikir, guna laras bahasa yang biasa aku guna. Pasar dan outspoken.

Aku cakap sebab aku sayang. Ingatan ni untuk aku juga. Bagi aku, bila orang tu buat salah, bukan sebab dia tu jahat ke apa, tapi Allah nak uji dia dan Allah nak suruh hamba Dia tengok dan ambil pengajaran. Contoh, perempuan mengandung luar nikah, aku tak benci diaorang, aku rasa Allah nak tunjuk kat perempuan dan lelaki. Ha, kalau buat seks bebas dapat anak luar nikah, kesian kat baby tu. Macam tu la. Kita tak boleh jadi judgmental. Kita manusia, orang yang buat salah tu pun manusia. Tapi, susah nak lari dari jadi prejudis. Aku tau. Aku pernah, sedang dan akan rasa benda tu. Haha.

Aku rasa aku perlu berhenti taip.

Jom jadi baik.

Me heart mommy and daddy. Me want to be a good slave for Allah. Me want to love Rasullulah very much. *kenapa guna laras bahasa troll?*

Assalamualaikum.

### Cuci mata sikit, tengok gambar Luqman yang hensem ni. Buah hati pengarang jantung Mak B ><




Muka bengang taknak ambil gambar =.='





Thursday 29 December 2011

Personality Quiz by Quizilla.

Assalamualaikum.

The result of the personality quiz:

You represent white. You are a very introverted person, making it hard for others to read you. There is one thing that is certain, and that is that you are a deep thinker. You think twice and speak once, and you only speak when necessary. Lastly, you are a smart person. Talented to, however you may not know what your talent is yet.

First of all, I don't fancy white much. I prefer black more than white. There's a bit of clash there. Haha. And, I am not an introvert. Gosh, I am talkative and the ironic part is that I am introvert. What does that suppose to mean? To tell me to stop talking? Haha. That would be possible, in your dream! Haha. I am a deep thinker? And I think twice, I speak once and I speak only when necessary? Er, that shall be depends on what am I thinking about. Sometimes, I think before I speak. But, most of the time, no. Haha. Smart- er-- no comment. Talented? Me dunno that. Haha.

Try more quizzes here: Quizilla

2011

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful.


Apa yang aku RASA (as in emotions and feelings)?
2011,  agak hectic juga hidup aku. Seronok. Enjoyable. Stressful. Belajar jadi matang. Belajar jadi baik sebab sebelum ni tak berapa baik. Belajar jadi kaum Muhajirin sebab sebelum ni hidup dalam zaman Jahiliyah-imaginasi-sendiri. Belajar jadi anak perempuan ma, dah pandai nak rindu-rindu, telefon nangis nangis bagitahu markah Test Reading yang dapat sikit dari orang lain tu. Again, hectic. The part where I need to catch up with all those datelines for assignments. Aku rasa terisi. Aku rasa hidup aku tak sia-sia. Aku rasa bahagia sebab aku jadi lagi rapat dengan adik-adik aku, si gemuk duet tu dan kakak kakak aku. Banyak sangat yang aku rasa, sampai aku rasa macam by the time habis baca, dah masuk tahun baru dah. 


2011 (Throwing random words)

Usrah. Aliya, Mira, Qama dan Fatin. Roomate. Sabar. Dewasa. Matang-sikit lah, haha. Wonderwall- Oasis. Red Jumpsuit Apparatus. From Dusk Till Dawn- thanks to Amaludin. Me heart mommy and daddy. Oxford. Melaka. Lendu. Ofi, Iffah, Luqman. Fatheen, Yaya, Anis, Razen, Nuha, Una. Nasi ayam. Bubur nasi. Pizza. Chocolate chip cookies. Crush. Lah. Dataran Pahlawan. Mahkota Parade. Assignments- Phew! Blog. Broadband Aliya. Inactive Facebook account. Pink- allergic. Listening& Speaking, Grammar- killing me softly, haha. Handphone jatuh. Dell XPS. Buku Computer Literacy. Fakulti baru. Bukit tinggi. Skateboard. Idea gila. Aku sengal.
# You do the essay. Haha


Tahun Hijrah dah lepas dan aku dah tanamkan azam baru. Jadi tahun Masihi ni, mungkin azam sama dengan Tahun Hijrah punya azam. Doakan aku berjaya capai azam. Tak capai pun, hampir capai pun jadilah. Tapi, kalau boleh, aku nak dapatkan apa yang aku azamkan. Insyaallah. Jumpa lagi tahun depan! Assalamualaikum- jawab dalam hati ye!