Wednesday 28 March 2012

Guide Me To The Right Path

Hey there. Assalamualaikum. How's life treating you?

Me? I think I am quite good so far. I am taking driving license so far. And that's it. Others are just some chores need to be done.

I am triggered by something interesting today. The teacher that taught me to drive earlier was in great shock when I told him I used to be "naughty" before. Not naughty capturing all those nude pictures and whatsoever. No no no! Naughty in terms of bad, devilish, whatever you say, I'm game. That was before.

Now, I am trying to be better. Trying to be good. Trying not to be obnoxious. But, the question here, how do you whether you are good enough?

Yes, I am sorry that I am not good enough.

Dear Allah,
I am sorry for being such a bad slave. I never find You unless I am in trouble and I need You to listen to my endless rants. I am sorry for only reading Quran once in a while. I am sorry for not istiqamah in reading Al-Mathurat. I am such a bad slave. I am not promising anything, but You know everything I think and I want, and I hope You can make those things easier for me. Dear Allah, lead me the right way. I need Your guidance and I need YOU!

Dear Muhammad SAW,
I am sorry for not being a good muslim. I hope Allah would not punish you for every evil deeds I commit. I am sorry. Insyaallah, I will try to be a good Muslim and good Mukmin. I love you very much ya Prophet Muhammad.

Dear Mom and Dad,
I am never a good daughter aren't I? I never listen to a word you guys said. I always rebel in silent. I never hug you guys. I am too embarrass to hug you guys. No no no no. Don't take it the wrong way. I love you guys very much and I am proud of you guys both. I am embarrass because of my own self. I am afraid that people might label me something indecent and inappropriate. But, I know no one would dare to do so, but still... I will make you guys proud of me one day, insyaallah!


Thursday 22 March 2012

Dinner TESL

In the name of Allah, the Most Merciful and Most Compassionate.

Bismillah.

Assalamualaikum. Aku tak pernah menangis sebab nak tinggalkan kawan, betu, seumur hidup tak pernah dan ini adalah kali pertama. Setiap kali aku teringat, mesti aku rasa sebak. Nak menangis, tapi malu. Jadi, aku rasa macam air liur nak telan pun susah. Aku akan rindu kawan kawan Asasi TESL 2011/2012.

Sebelum ni aku buat post pasal aku terasa dengan manusia manusia bermulut ayam. Tapi, aku tarik balik. Aku maafkan korang. And Aiman Juperi, you are right. I didn't mean what I said. Aku marah masa tu, jadi aku buat macam tu. Sekarang aku dah cool. Dan aku berdoa semoga korang semua dapat pointer cemerlang cemerlang untuk semester ni, Aminnnn.

Aku rasa aku seronok belajar kat Melaka ni. Aku dapat ramai kawan. 119 orang to be exact. Aku tak pernah bercakap dengan semua, tapi, kebanyakan, aku pernahlah bercakap sekali dua, sepatah dua kata. Hahaha. Sasterawan negara sangat kannn. Mungkin sebab semester ni aku ada Autism, ada HT 315, aku rasa aku seronok sebab aku rasa ada jugak orang nak kawan dengan aku yang gila annoying ni. Haha. Sorry guys and girls. My bad.

Aku rasa seronok. Fullstop. Aku masuk dengan aman dan aku tamat dengan aman.

Adios, amigos. Au revoir. Sayonara!

Aku akan rindu kan kauorang semua, TESLian, Autism, HT 315, roomates dan jiran jiran, budak kelas lama dan baru. Senang cerita, SEMUA.

With that I rest my shed-a-tear-crappy ranting.

Monday 19 March 2012

Aku Officially Terasa Dengan Budak Asasi TESL Yang Cakap Aku Rembat Duit Dinner Kelas D

Bismillah.

Ya. Seperti tajuk di atas, aku memang terasa dengan budak Asasi TESL yang cakap aku rembat duit kelas D untuk dinner dan spend duit itu dengan banyak untuk beli doorgifts untuk vips.

Anak anak, aku officially terasa.

Ya, AKU TERASA.



Premis Pertama: Aku tak rembat duit kelas D.

Duit RM450.00 tu datang dari kelas C punya projek dekat rumah orang orang kurang upaya haritu. Dan duit tu Miss Ju yang bagi. Aku tak ambil secara haram. Jangan risau, aku masih tahu halal haram. Dan Miss Ju yang panggil aku time presentation TED lepas group aku present. Dia mintak tolong boleh tak kalau sepupu aku buatkan doorgifts untuk lecturers. Mula mula buat kek fondant, lepas tu tukar nak buat macaron. Last sekali jadi truffles. Dan duit RM450.00 tu takkan cukup untuk dinner. Kepada yang cakap kelas D tak boleh pilih tempat grand sebab duit banyak habis kat doorgifts, sila tarik balik apa yang anda cakap. There are more than what your judgments are.


Premis Kedua: RM450.00 tak cukup untuk kau pilih tempat grand.

Ye. Memang tak cukup. Kalau nak sangat tempat grand, tambahlah duit lagi. Kenapa mesti salahkan aku? Aku buat apa sampai aku kena macam ni? Aku rasa aku tak ada buat orang offended dengan aku gila gaban pun, Insyaallah. Tapi kenapa bawa mulut cakap aku punca tak boleh buat tempat grand sebab buat doorgifts mahal sangat. Grow mature, people. You guys, and some girls are 18 going to 19. You can be married at this age already, you guys have already hit puberty and you give me this kind of crap? Wow! Real mature. REAL MATURE PEOPLE. And one more thing, duit dinner tu guna duit kau ke? Aku tau ramai yang ada kereta, ramai yang kaya, boleh mandi guna duit, tidur atas duit. Tapi berapa ramai sangat? Dalam ramai ramai tu, berapa ramai yang guna duit sendiri bayar duit dinner? Aku pun mintak ihsan mak ayah. Boxer panties kau pun mak ayah bank in kat duit untuk kau beli. Kau tak rasa kesian ke kat mak ayah sebab mintak duit lebih lebih bayar duit dinner pulak. Cukuplah korang mintak duit banyak banyak beli baju dan dress untuk dinner. Senangkan hati mak ayah kan dapat pahala. Lagipun, bukannya tak jumpa langsung lepas ni. Facebook ada, Twitter ada, Skype ada. Apa lagi nak? Have some pity on your parents lah. They don't worl for you to spend every cent of it to something like this. Duit mak ayah kau bank in tu supaya kau tak kebulur akt sini. Makan elok elok, supaya senang belajar. Bukan guna buat demand tempat kelas-kau-maria, tempat yang konon 5 star segala. Kenapa? Nanti kat akhirat, Allah tanya ke dinner kau kat mana? Benda ini semua dunia je kot, jangan kalah sangat pada nafsu, rasa seronok. Mati tu bila bila boleh datang. Sedap sedap time kau tengah deman hotel 5 star bagai, kata aku guna duit buat beli doorgifts mahal, Allah tarik nyawa kau, alamt, wassalam lah.


Premis Ketiga: Sila enjoy dinner korang dengan rasa bersalah. Aku doakan kau stuck time jawap CTU *Insyaallah Allah tak makbulkan doa aku sebab Allah tak terima doa yang tak baik*

Ya. Itu sahaja. Silalah terasa kepada sesiapa yang gunakan mulut untuk bercakap dan menebar onar-onar ini. Aku rasa tak ada masalah kalau nak datang tanya aku sendiri. Takdenye aku nak marah, ngap kau macam ular sawa tu hah.

May ALLAH bless.

Aku juga manusia, insyaallah mudah memaafkan kalau kau minta maaf.

Peace and Assalamualaikum.

Sunday 18 March 2012

Ini Random Tahap Gaban

Bismillah.

Kalau belum solat, sila pergi solat dulu baru sambung baca. Go! NOW! >.< *pabila Hitler mula berkuasa*

Mari bercakap pasal matang. Kematangan diri, matang bila bercakap, perangai budak budak tapi berfikiran matang. Apa-apalah yang ada kena mengena dengan matang ni.

Apa maksud matang ni? Matang maksudnya.... *okay, aku blur tak tau nak explain macam mana. mari guna mr gunalan google*

Maturity is defined as:
The state or quality of being fully grown or developed.
The state or quality of being mature.

Maksudnya, kalau dah hit puberty tu dah kira matang lah macam tu. Tapi ada seorang kawan aku cakap aku tak matang lagi. Mari ikuti perbualan kami, cecewahhhhh.

R:   Kau macam mana nak masuk degree nanti ni? Perangai macam budak budak.
M:  La, masuk jelah. Macam tu. Belajar.
R:   Tengok tu. Cakap pun macam budak budak.

Entah. Aku pun tak tau. Aku tak matang lagi ke? Kyahahahahahaha.

Anwar Hadi kan cakap:
Growing old is mandatory but growing mature is OPTIONAL. 

*Anti-crap mode activated =,=

Thursday 15 March 2012

Alhamdullilah. Syukur nikmat.

Anak-anak murid Literature semua kata boleh jawab paper Literature tadi *cehh cehh, bajet cikgu sangat lah tu. ajar orang kat study group je pu. tu pun tergagap macam makcik makcik makan sirih dah*

Tiba-tiba terfikir, kenapa aku pilih TESL in the first place? Betullah. Allah tu Maha Mengetahui. Dulu, aku rasa macam ambil TESL ni macam dah salah besar. Macam nak patah balik ambil Asasi Pertanian kat UPM lepas tu sambung Sains Veterinar. Tapi tak kesampaian cita-cita tu.

Tapi sekarang ambil TESL aku jadi lebih confident dalam banyak benda. Aku lebih yakin nak guna English. Aku yakin cakap depan orang ramai *tak, aku suka mencapap. jadi aku memang suka jadi perhatian kalau dalam kelas*. Banyak lagi aku belajar.

Maybe, the idea of me being a teacher ain't that bad. Who knows? Only He knows. And He knows BEST!

Tuesday 6 March 2012

Note that this post was written on 2nd of March. And that was like ages ago?

Assalamualaikum.
Hari ni hari Jumaat. Hari barakah. Hari berkat. Hari aku nak makan KFC. Hari ni hari last lecture. Hari last jumpa lecturer pergi kelas untuk Asasi TESL. Hari ni 2 Mac 2012.

Baru berapa jam tahu dah tak ada kelas lepas ni, sebab study week dah nak start, aku terus rasa rindu nanti kat kelas, kat lecturer, kawan kawan, bangunan baru tu, Lah. Hahahaha. Okay, yang last tu tak tahan. Geli sangat kan. Hahaha.

Semester ni aku rasa sangat lah seronok. Banyak benda yang belajar. Yang paling penting, semester ni aku bersungguh sungguh sikit dari semester lepas. Semester lepas, aku rasa aku buat assignment semua lepas tangan je. Computer Lit yang orang dapat A tu pun, aku selamba je dapat B+. Tapi, aku dah ada goal aku sendiri. Aku nak belajar sebab Allah, sebab aku nak tahu. Kalau skor untuk final, itu bonus. Tu sebab aku takkan berhenti bertanya. Sampai bila pun. Tapi mungkin lepas ni aku akan fikir dulu sebelum aku start tanya apa-apa. Hahahaha.

Nanti mesti rindu Bilik Tutorial 1.8, 2.8, 2.7. Nanti mesti rindu nak tengok *miaw miaw* lalu thru cermin kecik kat pintu tu setiap kali dia nak pergi kelas *gatal*. Nanti mesti rindu nak pergi kelas naik kereta Pia, lepas tu memekak lagu dengan pitch yang ke Laut Merah sana hah. Lepas tu, rindu nak tinggalkan anonymous jalan sorang sorang lepas tu aku, Pia dengan Tiyot duduk dalam kereta boleh layan karaoke pulak. Kesian dia. Nanti aku mesti rindu rasa palpitation setiap kali terserempak dengan Muhammad. Okay, yang ni paling geli abad ini. Hahahaha. Nanti aku mesti rindu nak belajar phonetic yang sekarang aku dah faham tu.

Aku dah boleh buat sikit-sikit dah phonetic. Alhamdulillah. Nasib baik ada Cikgu Tiyot. Nanti mesti rindu nak dengar Pia cakap kuat-kuat walaupun duduk jarak sekangkang kera je. Mesti rindu nak duduk belakang setiap kali time Listening and Speaking, lepas tu dengar Tiyot pronunce word tu macam mana dengan Ajeerah, Pia dan Tiyot. Hahahaha. Lepas tu mesti rindu nak dengar dorang cakap, Ajeerah, Tiyot, Safiyyah, M >> Autism. Serius comel. Tak sangka sem ni dapat lagi ramai kawan. Tapi boundaries masih ada. Aku tak nak terlalu open jugak. Nanti aku juga yang sakit last sekali. Nanti mesti rindu nak makan kat kafe Genting Highland kat fakulti baru tu. Lepas tu, mesti rindu nak pergi kelas Ustaz Ayob lepas tu sibuk tanya macam macam. Tanya pasal anak dia semualah *ohmai. gatal gila aku.* Nanti mesti rindu nak dengar Bidin nganjing kata dapat Band 5 lah, nganjing pasal crush aku. Nanti mesti aku rindu nak share view aku time kelas literature, mesti rindu gila kat Madam Naga nanti.

Yang aku tahu, banyak benda yang aku rindu.
Kat sini, walaupun aku tak berapa suka, tapi ajar aku banyak benda. Aku belajar jadi matang tanpa aku sedar, aku belajar hargai orang, aku belajar jadi lagi sabar, aku belajar control marah, aku belajar bagi komitmen dalam group work, aku belajar bangun qiyam malam malam bila susah hati, baca quran bila rasa ada masa kosong. Aku bersyukur je Allah hantar aku kat sini. Kalau tak, belum tentu aku jumpa Aliya, belajar pakai tudung labuh, belajar jadi manusia sikit, belajar jadi lembut *atau pondan, sikit*, belajar sayang dan rindu rinduan kat mak ayah, belajar manja manja dengan angah and alang.

Nanti mesti aku rindu uitm ni bila aku dah decide mana aku nak pergi untuk degree.
Sekarang, walaupun aku tak suka uitm lendu sebab budak masscomm ynag keterlaluan fashionable nya, maka, aku rasa lepas ni aku kalau boleh tak nak duduk dalam komuniti melayu. Tak berkembang hidup aku kalau sepanjang hidup, aku duduk dengan melayu je. Aku nak ada kawan foreigner. Macam Abdullah dulu. Seronok je ada kawan foreigner kot, diaorang tak ada pun betulkan grammar aku dengan suara sinis, sarkastik kepala sarkas ke apa. Tu yang aku suka, aku seronok macam tu. Lagi rasa best dan confident bila nak cakap.

Nanti aku mesti rindu Paad cakap nak tumbuk aku. Aku mesti rindu Boss kena marah dengan Paad. Hahaha. Okay yang tu kelakar, tapi jahat. Aku tetiba rindu Qama. Nanti mesti rasa rindu kat dia macam ni waktu dah habis sem ni. Tetiba masuk mood gila.

- Corny lah weh. Mushy. Pondan. Sejak bila kau pandai rindu-rinduan weh. Dulu time sekolah bukan main keras hati.
- Itu time sekolah. Time aku tak ada kawan. Time aku nakal, zaman gelap aku nak kenal diri aku sendiri. Sekarang aku lain.
- Lain? Kau rasa kau lain dari dulu?
- Aku dah dewasa? *muka was was*

Ini namanya monolog hati. Bila tak ada Syafiq, ini yang aku buat. Tak pun, malam malam qiyam. Sekarang aku perasan aku susah nak tidur malam. Insomnia kembali. So, aku baca quran. Yang penting aku rasa sem ni seronok. Tapi aku lega dah nak habis dah. Agaknya degree nanti macam mana lah. Aku boleh survive ke...
Aku tak tau kenapa aku pilih TESL. Dan aku tengah fikir, kalau aku masuk matrik, atau asasi sains hayat, aku boleh survive ke? Aku minat je Chemistry, Physics. Tapi minat je tak cukup. Tambah pulak aku ni jenis lembab gaban kann. Haih. Inilah namanya monolog dalaman ye anak-anak.

- Wei, kau tengah cakap sensorang kott.
- Oh! Lupa.

Tapi sekarang aku perasan, walaupun aku selalu homesick, tapi aku dah kuat. Tak macam waktu sem 1. Mungkin sebab sem ni aku semakin matang *facepalm.
Entah.

Tok Guru Literature?

In the name of Allah, the MOST MERCIFUL and MOST COMPASSIONATE.

Assalamualaikum. Hi awak awak yang bermuka comel comel dan hensem hensem *insyaallah*, sekarang saya tengah study week. Lepas tu ada orang lamar saya masuk study group diaorang. Dan saya jadi tok guru literature.

APA? TOK GURU LITERATURE?

Ye, saya jadi tok guru literature untuk mereka mereka lah awak.

Tapi kan, saya ada rasa was was sikitlah awak.
Boleh ke saya ni mengajar orang? Orang faham ke kalau saya ajar? Kalau saya ajar, orang boleh score ke paper tu? Yang penting, saya ni cukup taiko ke dalam literature tu untuk jadi tok guru literature.

Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui. Hanya Dia yang tahu semua yang terjadi.

Saya ni kan awak, tak pandai sangat tau literature. Saya ni manusia, takut tersalah bagi info, tapi kalau tersalah, awak awak betulkan lah ye. Macam tu barulah kita sama sama belajar. Kan awak? Lagipun, saya minat literature dan kalau boleh saya nak awak awak pun jadi minat nak mendalami literature.

Entahlah. Saya bukan tok guru literature. Semua itu propa.

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda:
"Sesiapa ditanya tentang ilmu yang ia ketahui; kemudian ia menyembunyikannya,
ia akan dikekang dengan kekangan daripada api neraka pada hari kiamat.

(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

Takut kan bila baca macam ni? Harap harap Allah permudahkan urusan. Amin!
 

Sunday 4 March 2012

Kenapa.. Kalau..

Bismillahirahmanirrahim..

Kenapa? Kenapa mesti aku? Kenapa bukan orang lain?

Selalu dalam kranium kita, manusia, selalu ada soalan kenapa setiap kali dapat ujian, musibah. Aku pun manusia juga. Dan aku pun selalu persoalkan juga kenapa aku kena uji. Aku ada banyak inferens sendiri bila libatkan ujian. Mungkin Allah nak aku jadi lebih kuat; mungkin Allah nak balas balik macam apa yang aku pernah buat kat orang; mungkin sebagai peringatan aku tak buat lagi benda yang sama lepas ni. Mungkin. Kena sangka baik kan? Kalau tak, in the end, kita jugak yang stress fikirkan benda benda ni. Stress dah satu hal, lepas tu Allah laknat pula. Yelah, kenapa salah sangka dengan Dia. Kan semua benda ada hikmah. Kan kan? *angkat kening ala ala Cadburry*

Kalaulah aku cantik macam dia...
Kalaulah aku hensem macam dia...
Kalaulah aku pandai macam dia...

Kalaulah.. Bunyi macam tak bersyukur je. *aku selalu je buat ni*
Entah. Cantik tu universal, hensem pun. Pandai bergantung pada usaha. Yang ni macam tak tahu nak merepek apa dah. Off, keyboard.

Thursday 1 March 2012

TESL Dah Nak Habis

"I see that you have grown up this semester,"
"Really?"
"You used to ask lots of question. And I still remember, you came late during the first class of Grammar,"

You know what, Madam? I am going to miss you the most when I think about UiTM Lendu later on. I even cried when I hugged you during the last Literature class. I used to like Literature very much and now I like it even more. I am even thinking of it for my minor in Degree later on. But, we'll see though.

Including Madam Nagamany, Miss Ju also said that I do have grown up this semester. Well, I didn't realize it until they pointed that out. I learned a lot here. Not only the subjects, but I learn to be mature, and be bold. More bold compared to before.

Madam Naga do reminds me of my mom where she's now at Sarawak with my dad and the exceptional brother, Mujib. Hahaha. But then, still, she knows a lot about me. I used to rant to her whenever I have problems which everybody knows that my problems are like full circle; endless. She sees the side of me that I don't want people to see and even know.

Thank you, Madam. One day, I want to be a good educator just like you. I want my students, too, love Literature just as I do.

This post is not only for Madam Nagamany Govindan, but also for the educators out there who have the burning passion in teaching and educating the future generation. Cheers for the educators. Mom, I am glad you are a teacher. I love you.

Assalamualaikum. And peace yaw!

*Religion is not a barrier. Skin colours too.