Tuesday 6 March 2012

Note that this post was written on 2nd of March. And that was like ages ago?

Assalamualaikum.
Hari ni hari Jumaat. Hari barakah. Hari berkat. Hari aku nak makan KFC. Hari ni hari last lecture. Hari last jumpa lecturer pergi kelas untuk Asasi TESL. Hari ni 2 Mac 2012.

Baru berapa jam tahu dah tak ada kelas lepas ni, sebab study week dah nak start, aku terus rasa rindu nanti kat kelas, kat lecturer, kawan kawan, bangunan baru tu, Lah. Hahahaha. Okay, yang last tu tak tahan. Geli sangat kan. Hahaha.

Semester ni aku rasa sangat lah seronok. Banyak benda yang belajar. Yang paling penting, semester ni aku bersungguh sungguh sikit dari semester lepas. Semester lepas, aku rasa aku buat assignment semua lepas tangan je. Computer Lit yang orang dapat A tu pun, aku selamba je dapat B+. Tapi, aku dah ada goal aku sendiri. Aku nak belajar sebab Allah, sebab aku nak tahu. Kalau skor untuk final, itu bonus. Tu sebab aku takkan berhenti bertanya. Sampai bila pun. Tapi mungkin lepas ni aku akan fikir dulu sebelum aku start tanya apa-apa. Hahahaha.

Nanti mesti rindu Bilik Tutorial 1.8, 2.8, 2.7. Nanti mesti rindu nak tengok *miaw miaw* lalu thru cermin kecik kat pintu tu setiap kali dia nak pergi kelas *gatal*. Nanti mesti rindu nak pergi kelas naik kereta Pia, lepas tu memekak lagu dengan pitch yang ke Laut Merah sana hah. Lepas tu, rindu nak tinggalkan anonymous jalan sorang sorang lepas tu aku, Pia dengan Tiyot duduk dalam kereta boleh layan karaoke pulak. Kesian dia. Nanti aku mesti rindu rasa palpitation setiap kali terserempak dengan Muhammad. Okay, yang ni paling geli abad ini. Hahahaha. Nanti aku mesti rindu nak belajar phonetic yang sekarang aku dah faham tu.

Aku dah boleh buat sikit-sikit dah phonetic. Alhamdulillah. Nasib baik ada Cikgu Tiyot. Nanti mesti rindu nak dengar Pia cakap kuat-kuat walaupun duduk jarak sekangkang kera je. Mesti rindu nak duduk belakang setiap kali time Listening and Speaking, lepas tu dengar Tiyot pronunce word tu macam mana dengan Ajeerah, Pia dan Tiyot. Hahahaha. Lepas tu mesti rindu nak dengar dorang cakap, Ajeerah, Tiyot, Safiyyah, M >> Autism. Serius comel. Tak sangka sem ni dapat lagi ramai kawan. Tapi boundaries masih ada. Aku tak nak terlalu open jugak. Nanti aku juga yang sakit last sekali. Nanti mesti rindu nak makan kat kafe Genting Highland kat fakulti baru tu. Lepas tu, mesti rindu nak pergi kelas Ustaz Ayob lepas tu sibuk tanya macam macam. Tanya pasal anak dia semualah *ohmai. gatal gila aku.* Nanti mesti rindu nak dengar Bidin nganjing kata dapat Band 5 lah, nganjing pasal crush aku. Nanti mesti aku rindu nak share view aku time kelas literature, mesti rindu gila kat Madam Naga nanti.

Yang aku tahu, banyak benda yang aku rindu.
Kat sini, walaupun aku tak berapa suka, tapi ajar aku banyak benda. Aku belajar jadi matang tanpa aku sedar, aku belajar hargai orang, aku belajar jadi lagi sabar, aku belajar control marah, aku belajar bagi komitmen dalam group work, aku belajar bangun qiyam malam malam bila susah hati, baca quran bila rasa ada masa kosong. Aku bersyukur je Allah hantar aku kat sini. Kalau tak, belum tentu aku jumpa Aliya, belajar pakai tudung labuh, belajar jadi manusia sikit, belajar jadi lembut *atau pondan, sikit*, belajar sayang dan rindu rinduan kat mak ayah, belajar manja manja dengan angah and alang.

Nanti mesti aku rindu uitm ni bila aku dah decide mana aku nak pergi untuk degree.
Sekarang, walaupun aku tak suka uitm lendu sebab budak masscomm ynag keterlaluan fashionable nya, maka, aku rasa lepas ni aku kalau boleh tak nak duduk dalam komuniti melayu. Tak berkembang hidup aku kalau sepanjang hidup, aku duduk dengan melayu je. Aku nak ada kawan foreigner. Macam Abdullah dulu. Seronok je ada kawan foreigner kot, diaorang tak ada pun betulkan grammar aku dengan suara sinis, sarkastik kepala sarkas ke apa. Tu yang aku suka, aku seronok macam tu. Lagi rasa best dan confident bila nak cakap.

Nanti aku mesti rindu Paad cakap nak tumbuk aku. Aku mesti rindu Boss kena marah dengan Paad. Hahaha. Okay yang tu kelakar, tapi jahat. Aku tetiba rindu Qama. Nanti mesti rasa rindu kat dia macam ni waktu dah habis sem ni. Tetiba masuk mood gila.

- Corny lah weh. Mushy. Pondan. Sejak bila kau pandai rindu-rinduan weh. Dulu time sekolah bukan main keras hati.
- Itu time sekolah. Time aku tak ada kawan. Time aku nakal, zaman gelap aku nak kenal diri aku sendiri. Sekarang aku lain.
- Lain? Kau rasa kau lain dari dulu?
- Aku dah dewasa? *muka was was*

Ini namanya monolog hati. Bila tak ada Syafiq, ini yang aku buat. Tak pun, malam malam qiyam. Sekarang aku perasan aku susah nak tidur malam. Insomnia kembali. So, aku baca quran. Yang penting aku rasa sem ni seronok. Tapi aku lega dah nak habis dah. Agaknya degree nanti macam mana lah. Aku boleh survive ke...
Aku tak tau kenapa aku pilih TESL. Dan aku tengah fikir, kalau aku masuk matrik, atau asasi sains hayat, aku boleh survive ke? Aku minat je Chemistry, Physics. Tapi minat je tak cukup. Tambah pulak aku ni jenis lembab gaban kann. Haih. Inilah namanya monolog dalaman ye anak-anak.

- Wei, kau tengah cakap sensorang kott.
- Oh! Lupa.

Tapi sekarang aku perasan, walaupun aku selalu homesick, tapi aku dah kuat. Tak macam waktu sem 1. Mungkin sebab sem ni aku semakin matang *facepalm.
Entah.

No comments: