Tuesday 31 January 2012

Allah Sayang Aku

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

PS: Thanks Hazmira, bagi pinjam Acer dan Broadband. Ehm.

Aku rasa Allah sayang aku sem ni. Salah. Allah sayang aku dah lama. Tapi aku rasa aku baru nampak Allah sayang aku. Dia nak duga aku, nak tengok aku kuat atau tak.Nak tengok aku merungut atau bersyukur. Nak tengok aku sujud atau meratap. Nak tengok aku senyum atau menangis. Nak tnegok aku cakap Alhamdullilah atau Astaghfirullah.

Satu-satu Dia bagi kat aku. Satu-satu rezeki aku dapat. yang aku tak pernah jangka. Syukran Ya Allah. Aku rasa terharu, aku rasa disayangi, aku rasa Allah perhatikan aku walaupun aku selalu salah sangka dengan Dia. Betullah, manusia hanya tahu bersyukur bila dapat rezeki. Bila dapat bala, persoalkan tindakan Dia. Macam aku. Aku rasa aku hamba Dia yang teruk.

Walaupun semester ni, aku rasa lemas, dan penat, dan tak cukup masa dan semakin panda. Ye, eyebag aku dah makin besar dan hitam seperti panda. Aku admit. Takpe, bukti stay up malam malam sebab tak boleh tidur. Haha. Takpe, semester ni dah nak habis. Alhamdullilah. Tapi... Lepas ni Degree. Lagi hectic. Takpe, Allah kan ada. Doa je yang penting. Minta selagi boleh. Bertaubat selagi pintu terbuka. Tak ada benda yang lambat tapi lebih baik tak terlambat.

Do good and then, turn to Him.
Assalamualaikum.

Ingat! Jadi hamba yang bersyukur.

Monday 23 January 2012

A Slap In The Face



Berhenti dari berterusan menghitamkan hati , takut jiwa menjadi mati , takut riak merajai diri , kita bukan Nabi ; hanya kuli pada Ilahi .


As cited from Abdin, S (2012)


Kata kata seperti di atas ni betul betul buat aku sentap. Luar dan dalam. macam tamparan hebat kat muka selepas pengsan yang lama. Macam muka disimbah selepas pitam yang panjang. Kita kuli pada Ilahi. Aku suka klausa tu. Kita hamba Dia, tapi pernah ke aku hambakan diri aku kepada Dia.

Ada. Mungkin waktu aku sedih,untuk tempat aku bergantung.
Ada. Mungkin waktu menjelang exams. Untuk minta pertolongan diapermudahkan urusan aku.
Ada. Mungkin waktu aku susah hati dan aku perlu kata-kata semangat dari Dia.

Oh,baru aku sedar. Rupa-rupanya aku hanya manusia yang tak reti bersyukur. Hanya pulang bila susah.Hanya kembali bila susah hati. Hanya merintih bila hati tak senang.
Aku sepatutnya bergantung kepada Dia tak kira susah atau senang. Hidup sampai mati. Kaya atau miskin. Sihat atau sakit.
Aku patut berusaha, doa dan minta kepada Dia. Tak kira sama ada benda itu perlu atau tak. Allahkata, minta lah kepada Dia.

Aku jahil. Aku bodoh. 
Dan aku sedar, aku patut bergantung kepada Kau. 24-7.
TANPA HENTI!
Allah, permudahkan urusanku. Amin Ya Rabb!

Saturday 21 January 2012

Mati

Dengan nama Allah, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Bismillah.

Mati. Bersedia ke aku nak mati? Amal tak cukup, dosa setiap hari berguni, sengaja atau tak. Aku takut. Aku takut aku kena seksa dalam kubur. Kena belit dengan ular hitam, kubur yang aku duduk jadi lubang neraka. Aku takut. Aku manusia, aku buat salah. Aku tahu, tapi, aku tetap takut.

Kebelakangan ni, aku dengar makin banyak berita pasal kematian.

Coursemate aku baru kehilangan ayah hari Sabtu minggu lepas (semoga allahyarham dicucuri rahmat). Lepas tu dengar Izwan Pilus meninggal dunia sebab jangkitan kuman dalam darah (semoga Allahyarham dicucuri rahmat). Betul, aku takut.
Sangat-sangat takut.

Ya Allah Ya Rabb, permudahkan segala urusan.

Aku jahil, aku banyak buat dosa.

Adik aku bagitahu mak aku demam panas. Ya Allah, pelihara kesihatan mak. Semoga mak cepat sembuh.

Aku selalu terfikir kenapa aku kena hantar pergi seberang laut untuk belajar. Dari Sarawak pergi Melaka. Nanti kalau aku mati, macam mana? Siapa nak uruskan aku? Siapa nak tengok aku? Nanti aku kena tanam kat mana?

Aku takut.


Setiap yang hidup pasti akan
merasai MATI


Sunday 15 January 2012

Syukur Alhamdullilah

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Alhamdullilah. Syukur nikmat. Minggu yang agak azab dah lepas. Demonstrative speech on how to make chocolate chip cookies is done. Storrytelling, done. Presentation writing done. Reading journal 2 done. Siapa kata Asasi TESL senang? Think again.

Dan, minggu ni juga dapat jawapan persoalan sejak 21 November. Alhamdullilah. Syukur nikmat.

Tapi, sekarang nak pergi mana?

Takpe, Allah kan ada. Minta nasihat Dia.

Saturday 7 January 2012

Bahan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum. Minggu yang hectic dan penat. Dragged lecture hours, naik Bukit Uhud (bak kata Muhammad, haha.) dan first time aku skip kelas. Gila! Tak pernah aku buat. Tapi, masa tu batuk dan selsema, aku tak larat nak bangun. Bangun-bangun tidur pukul 2.20 petang, tengok ada mesej dekat handphone;

Test writing summary.
3 killer words. Allah, beratnya kepala. Sila tabahkan hati. Sila kuatkan badan. Bangun dari katil nak solat zuhur, Ya Allah, melayang je rasa. Takpelah. Petang tu Aida bawak pergi UK as in Unit Kesihatan untuk ambil MC, sebab kalau takde MC, tak boleh ambil test yang bernilai 15% itu. Oh, tidak! Lepas tu kena tarbiah pulak dengan pegawai kesihatan kat UK tu. Allah, sabarkan hati. Sakit tu dah ujian, dengar tarbiah sebelum bagi MC tu. Hei, pakcik ni, Masyaallah, lama betul buat keputusan.

Balik kepada topik, bahan. Aku mula-mula tak kisah kalau orang nak bahan. Apa-apa pun tak apa. Asalkan tak melibatkan mak ayah, family, rupa fizikal dan rahsia aku. Ye, rahsia. Yang sekarang bukan lagi rahsia.

It is no longer a secret when even a person knows about it.

Benar. Tambah pulak tersebar benda yang sangat sangat aku nak elak. Dan benda bahan tu dikaitkan dalan setiap ayat. Aku tak kisah mula-mula. Mungkin budak ni senyap la nanti. Tapi rupanya makin ligat. Dalam kelas pun bahan aku. Aku gelak tak bermakna aku suka. Aku senyum tak bermakna aku redha. Aku tunduk tak bermakna aku setuju. Aku senyap tak bermakna aku tak berperasaan.

Nasib baik ada A, tolong jadi orang tengah sampaikan ayat aku yang gunakan ayat dengan nada lirih dan sayu habis. Thanx a lot A. Dan dia berhenti. Terima kasih. Dan dia minta maaf. Kenapa hati ni liat sangat nak memaafkan? Kenapa hati ni tak redha? Kenapa hati ni keras? Astaghfirullah. Hati yang keras maknanya hati dah hitam. Allah, minta dijauhkan.

Ikhlaskan hati nak maafkan, wahai hati. Senang cakap, tapi susah buat. Tak ada benda yang mustahil, wahai hati.

Apology is a big thing and I know it takes a lot of your courage and ego to do so. I appreciate that. Thanks. Friends never fight about silly things ey? Haha.

Alhamdullilah. 

Sunday 1 January 2012

Tahun Baru Masihi

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Compassionate.

Assalamualaikum. Hari pertama 2012, macam mana?

Tak sangka, lagi 7 bulan, aku akan jadi 19, officially. Takut. 19 maksudnya, makin matang. Usia bertambah. Kena pandai serba-serbi. Kalau zaman dulu, perempuan umur 19, anak dah berderet. Masak lincah. Pandai jahit. Tapi aku, haha. Gelak kuat kuat. Masak dan jahit, dua dua pun aku tak pandai. Mungkim masak, boleh la sikit sikit. Tapi jahit, langsung tak pandai. Baju pun, mak tolong hantar kat orang upah jahit. Jadi, untuk aku belajar jahit adalah satu usaha yang mustahil. Harhar. 19 maksudnya aku akan sambung Degree, insyaallah. Tak sangka, dah besar rupanya aku ni. Tapi, aku rasa macam aku ni budak budak lagi. Aku rasa macam banyak lagi yang aku tak tahu. Aku rasa banyak lagi yang aku kena tahu, kena cari. Banyak lagi benda yang aku nak capai. Banyak lagi benda yang membuatkan aku tak matang dan kekal sebagai baby of the family. Harhar.

Tahun 2011 banyak ajar aku. Macam macam. Bulan Mei aku daftar sebab TESLian di UiTM Lendu *foundation je*. Lepas tu aku belajar jauh dengan family. Mak, ayah, Mujib duduk kat Sarawak. Seberang laut tu. Memang la tak boleh nak balik 2 minggu sekali ke rumah. Baru berangan nak balik rumah kat Kluang. Tengok tengok ayah kena pindah. Tskkk. Lepas tu, aku belajar macam macam. Both formal and informal. Aku belajar apa yang sepatutnya budak TESL belajar. Dan aku belajar banyak benda. Kadang kadang jadi loner lagi baik dari ada ramai kawan. Aku mengaku aku social recluse but at the same time aku boleh je nak ajak borak, nak cerita masalah. Aku tak kisah. Aku tau, kalau aku ada ramai kawan, for sure aku mesti buat orang tersentuh hati, terasa hati dengan aku. Harus. Compulsary. Jadi, aku ambil jalan mudah, aku draw boundaries. Aku tak kisah berkawan, tapi aku tak nak rapat sangat. Aku nak jadi independent. Aku tak nak kalau pergi mana-mana orang kena tunggu aku dan aku kena tunggu orang. Haa, macam tu la lebih kurang. Yang paling penting, mak aku dah mula percaya untuk aku masak untuk lunch setiap hari waktu cuti semester. Haha. Akhirnya. Tak payah nak bangga sangat. Tak, bukan aku nak bangga. Aku main masak je. Bukan sedap sangat pun. Cukuplah sekadar mak ayah Mujib kenyang. Cukuplah kalau macam tu. Kan? Kan?

Jadi tua, wajib. Jadi matang, pilihan.

Tahun 2012 ni, aku harap aku dapat capai azam aku yang berguni.

Aku tertarik nak share satu gambar ni. Jumpa di facebook.


Tingkah laku aku, banyak lagi yang perlu diubah. Aku tak baik sangat. Aku tahu sikit sikit je mengaji, kadang kadang sangkut juga. Tak pandai masak sangat, tapi tengah nak belajar jadi pro memasak. Hafal Quran pun sikit sikit je, Ayat 4 Qul, Ayat Kursi, Juz Amma pun tak hafal lagi. Hish. Tapi, tak pandai jahit! Huu,

Tak kisah pun kalau nak kurangkan hantaran, yang penting aku nak suami yang boleh jaga aku. Boleh bimbing aku di dunia untuk berja di akhirat. Amin!



Facebook