Monday 23 January 2012

A Slap In The Face



Berhenti dari berterusan menghitamkan hati , takut jiwa menjadi mati , takut riak merajai diri , kita bukan Nabi ; hanya kuli pada Ilahi .


As cited from Abdin, S (2012)


Kata kata seperti di atas ni betul betul buat aku sentap. Luar dan dalam. macam tamparan hebat kat muka selepas pengsan yang lama. Macam muka disimbah selepas pitam yang panjang. Kita kuli pada Ilahi. Aku suka klausa tu. Kita hamba Dia, tapi pernah ke aku hambakan diri aku kepada Dia.

Ada. Mungkin waktu aku sedih,untuk tempat aku bergantung.
Ada. Mungkin waktu menjelang exams. Untuk minta pertolongan diapermudahkan urusan aku.
Ada. Mungkin waktu aku susah hati dan aku perlu kata-kata semangat dari Dia.

Oh,baru aku sedar. Rupa-rupanya aku hanya manusia yang tak reti bersyukur. Hanya pulang bila susah.Hanya kembali bila susah hati. Hanya merintih bila hati tak senang.
Aku sepatutnya bergantung kepada Dia tak kira susah atau senang. Hidup sampai mati. Kaya atau miskin. Sihat atau sakit.
Aku patut berusaha, doa dan minta kepada Dia. Tak kira sama ada benda itu perlu atau tak. Allahkata, minta lah kepada Dia.

Aku jahil. Aku bodoh. 
Dan aku sedar, aku patut bergantung kepada Kau. 24-7.
TANPA HENTI!
Allah, permudahkan urusanku. Amin Ya Rabb!

No comments: