Saturday 7 January 2012

Bahan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum. Minggu yang hectic dan penat. Dragged lecture hours, naik Bukit Uhud (bak kata Muhammad, haha.) dan first time aku skip kelas. Gila! Tak pernah aku buat. Tapi, masa tu batuk dan selsema, aku tak larat nak bangun. Bangun-bangun tidur pukul 2.20 petang, tengok ada mesej dekat handphone;

Test writing summary.
3 killer words. Allah, beratnya kepala. Sila tabahkan hati. Sila kuatkan badan. Bangun dari katil nak solat zuhur, Ya Allah, melayang je rasa. Takpelah. Petang tu Aida bawak pergi UK as in Unit Kesihatan untuk ambil MC, sebab kalau takde MC, tak boleh ambil test yang bernilai 15% itu. Oh, tidak! Lepas tu kena tarbiah pulak dengan pegawai kesihatan kat UK tu. Allah, sabarkan hati. Sakit tu dah ujian, dengar tarbiah sebelum bagi MC tu. Hei, pakcik ni, Masyaallah, lama betul buat keputusan.

Balik kepada topik, bahan. Aku mula-mula tak kisah kalau orang nak bahan. Apa-apa pun tak apa. Asalkan tak melibatkan mak ayah, family, rupa fizikal dan rahsia aku. Ye, rahsia. Yang sekarang bukan lagi rahsia.

It is no longer a secret when even a person knows about it.

Benar. Tambah pulak tersebar benda yang sangat sangat aku nak elak. Dan benda bahan tu dikaitkan dalan setiap ayat. Aku tak kisah mula-mula. Mungkin budak ni senyap la nanti. Tapi rupanya makin ligat. Dalam kelas pun bahan aku. Aku gelak tak bermakna aku suka. Aku senyum tak bermakna aku redha. Aku tunduk tak bermakna aku setuju. Aku senyap tak bermakna aku tak berperasaan.

Nasib baik ada A, tolong jadi orang tengah sampaikan ayat aku yang gunakan ayat dengan nada lirih dan sayu habis. Thanx a lot A. Dan dia berhenti. Terima kasih. Dan dia minta maaf. Kenapa hati ni liat sangat nak memaafkan? Kenapa hati ni tak redha? Kenapa hati ni keras? Astaghfirullah. Hati yang keras maknanya hati dah hitam. Allah, minta dijauhkan.

Ikhlaskan hati nak maafkan, wahai hati. Senang cakap, tapi susah buat. Tak ada benda yang mustahil, wahai hati.

Apology is a big thing and I know it takes a lot of your courage and ego to do so. I appreciate that. Thanks. Friends never fight about silly things ey? Haha.

Alhamdullilah. 

No comments: