Wednesday 14 September 2011

53rd Post: Saya sangat bersyukur kerana

Heya,

Saya sangat bersyukur kerana:


  • Ma dan Ayah selalu kejut Subuh sampai bangun. Selagi tak bangun, selagi tu dikejut. Sampai pernah jatuh katil sebab kena tarik, basah macam baru lepas mandi sebab kena jirus dengan air. Hasilnya, sekarang saya tahu solat tu sangat penting dan saya boleh ingatkan diri saya sendiri untuk solat tanpa perlu disuruh.
  • Saya bersyukur sebab Ma pernah cili mulut saya sampai jadi merah dan bengkak macam Angelina Jolie sebab cakap BABI sebab sekarang saya tak mencarut lagi. Dengar orang mencarut pun saya dah tak boleh dengar.
  • Saya bersyukur Ma dan Ayah hanya pernah bertekak pasal Air Purifier. Sebab saya tahu Ma dan Ayah gaduh-gaduh manja depan kami anak anak sebab nak tunjuk betapa kuatnya kasih sayang mereka terhadap satu sama lain. 
  • Saya bersyukur walaupun saya tak rapat dengan Abang, tapi Abang tak pernah pukul saya dan Abang tak pernah bagi saya buat benda yang tak baik. Kalau tidak mungkin sekarang saya dah rosak.
  • Saya bersyukur Ma dan Ayah selalu ingatkan supaya jaga diri. Kalau tidak mungkin sekarang saya dah tak suci lagi.
  • Saya bersyukur saya rapat dengan adik beradik lelaki sejak kecil sebab saya kasar dan ganas. Jadi lelaki tak berani rapat dengan saya. Jadi saya susah nak ada hubungan dengan lelaki.
  • Saya bersyukur saya selalu bertekak dengan Angah waktu kecil, sebab sekarang saya lebih rapat dengan Angah.
  • Saya bersyukur Alang pernah hentak kepala saya dengan remote controller. Kalau tidak, saya memang tak boleh dikawal.
  • Saya bersyukur Ma dan Ayah larang pergi tengok wayang. Kalau tidak, saya mesti bazirkan duit dan terlampau seronok nak tengok wayang.
  • Saya bersyukur Ma dan Ayah susah bagi saya keluar pergi bandar dengan kawan-kawan. Kalau tak, saya jadi terlampau rapat dengan kawan-kawan sampai lupakan keluarga.
  • Saya bersyukur saya boleh pergi mana-mana sendiri tanpa kawan. Kalau tak, sampai dalam kubur pun saya perlukan teman.

# Betapa adilnya Allah. Dulu, saya selalu ingat Ma dan Ayah nak kongkong saya. Abang, Angah, Alang, Muiz dan Mujib suka buli saya. Tapi sekarang, Allah tunjuk satu persatu setiap satu kejadian berserta hikmahnya.

Say Alhamdulillah, Thank you Allah!




Family comes first!

No comments: