Saturday, 22 September 2012

Assalamualaikum.

Bismillah.

In the name of Allah, the Most Merciful and Most Gracious.

Minggu ni adalah minggu ujian. Bukan ujian dari universiti. Tapi ujian dari Allah. Dan terang-terangan aku rasa aku hanya layak dapat F. Yes, red, capital F. Entah kenapa, bila kaki dah menjejak ke fasa degree ni, rasa makin tak kuat. Dulu, walaupun aku kepala angin, aku masih boleh bersabar. Walaupun muka mendung kena bahan, tapi beberapa hari lepas tu, aku dah boleh senyum.

Tapi, bila kat sini, kenapa aku tak sekuat dulu? Kenapa aku rasa macam aku mudah lemah semangat? Kenapa aku rasa macam semua benda walaupun sekecil kecil benda, aku kena menangis? Kenapa mudah sangat air mata nak keluar?

Moga, otak mula kata, "Tak payah malu nak menangis. Menangislah kalau tu akan hilangkan beban kau".

Dan, hati kata, "Allah kan ada?"

Astaghfirullah, aku tak kuat. I'm no robot.

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda: "Bukanlah orang gagah itu, orang yang kuat bertinju. Akan tetapi, orang yang gagah adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah."
(Riwayat Al Bukhari dan Muslim)

Daripada Abu Said al-Khudri r.a., Nabi SAW bersabda: "Seseorang itu tidak dikurniakan suatu pemberian yang lebih baik dan lebih luas daripada sabar."
(Riwayat Al Bukhari)



No comments: