Tuesday 25 October 2011

This Is For You, Kawan!

In the name of Allah, the Most Merciful and Most Compassionate.
Assalamualaikum.

I would like to dedicate this post to my friend and my classmate, Aiman Azami. This is for you, Eman!

Aiman,
Waktu first week masuk kelas, aku tak pernah pun tegur kau kan? Kau duduk sebelah Fuad, sebaris dengan Kimi. Kalau kelas kat Y103, kau mesti duduk paling depan sekali. Tapi bila kat BB05, kau duduk satu row belakang aku. Dengan Fuad and Kimi juga. Haih, memang dah tak boleh duduk dengan orang lain dah rasanya. Haha. Aku tak tau macam mana tiba-tiba kita boleh rapat.

Weh,
Lepas dah lama duduk sini, kita mungkin makin rapat waktu dan selepas school project kat SK Lendu. Acap cakap kau stres. Aku ni, biasalah, si penyibuk, mesti nak tau. Haha. Aku pun tanya kat kau kenapa stres. Tapi msa tu kau tak jawap pun. Kau kata ada masalah sikit. Aku pun, tak apalah. Mungkin kau segan nak cakap dengan aku. Atau mungkin, waktu tu kau boleh uruskan lagi rasa stres tu. 

Tapi satu hari tu,
Kau tiba tiba Hi aku di Facebook. Chatting. Kau cerita masalah kau, dan aku pun jadilah kaunselor tak bertauliah. Aku faham apa kau rasa Aiman. Kau rasa sekejap je. Aku rasa benda yang sama 11 tahun. Kena lagi teruk dari yang kau kena. Siap menangis nangis lagi aku masa tu. Pertama kali aku masuk kelas TMS awal gila. Aku orang kedua sampai. Kau pertama. Lepas tu, kau tiba-tiba berborak dengan aku. We actually talked. Haha. Tapi tak lama pun. Sebab lepas tu, orang lain masuk.

Aiman,
Kau selalu dengar masalah aku, aku selalu dengar masalah kau. Kira kau macam crying shoulder untuk aku, literally. Dan aku crying shoulder untuk kau. Most of the time, yes. Kau selalu tanya pendapat aku walaupun aku ni memang tak berapa nak tahu sangat pun pasal benda tu. Tapi, terima kasih, Aiman. Aku rasa dihargai. Aku rasa macam ada orang yang perlukan aku. Ada orang yang peduli bila aku nak bercakap. Ada orang yang iyakan apa yang cakap dan betulkan bila aku salah.

Aiman,
Kau dah 18 sekarang. Kau dah besar. Kau dah dewasa. Insyaallah, kau dah boleh berfikir secara lebih matang, ambil tindakan yang lebih matang. Lebih matang dalam mengawal stres. Aku doakan, kau berjaya dunia dan akhirat, Allah bagi kau rezeki yang melimpah ruah, keputusan yang cemerlang, isteri yang solehah, anak-anak yang soleh dan solehah dan comel-comel. Insyaallah (:

Happy belated birthday, Aiman. Maaf lambat, aku fikirkan apa yang aku nak coretkan pasal kau. (:



This is for you!
Mohamed Aiman bin Mohamed Azami


No comments: